Cinta tidak
pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi
tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di
situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~
Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua
tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk
melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada
kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata
mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg
satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki
tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata
kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang
gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan
sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan
rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai
seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup
matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan
air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta
datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah
dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka
telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian
dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan
simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu
pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan
menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum
bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi
membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi
membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi
manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi
rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan
kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu
kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan
bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya
pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan
ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1
bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian
itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya
kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai
orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan
mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir
selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat
budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta
adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan
tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu
hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam
dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap
diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan
suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh
ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan,
kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh
kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain
perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya
sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa
raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu
untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu
tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai
saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi
dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata
murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai
kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan
cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya
jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang
mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang
yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara
agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita
dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa
mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Kata Bijak Buat yang Sedang Jatuh Cinta
02.59 |
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar